SELAMAT DATANG KE HPA INDUSTRIES SDN
BHD
Syarikat
ini telah diasaskan oleh Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad pada bulan September 1987, yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan
Tradisional Al-Wahida. Selepas lapan tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn
Bhd pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Bermula dari situlah syarikat HPA mengembangkan perniagaan sehingga ke
tahap yang lebih maju.
Kilang
syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim
Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 6, Kawasan MIEL Fasa
II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis. Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah
beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah
bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat permainan kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberika oleh pihak biro,
Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan
satu blok tambahan untuk HPA.

Kompleks Wahida |

|
"Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas" - Tn Hj Ismail b Hj Ahmad
Pengarah Urusan I dan Pengarah Urusan II |

|
Tuan Hj Ismail Ahmad & Puan Hjh Norhayati Ahmad |
"Sekiranya kita redha dangan ketentuan Allah, maka
kita sedang berpaut pada dahan yang kukuh, sekiranya ada keikhlasan di hati maka kita berada di jalan perjuangan, sekiranya
semua itu tiada, maka kita umpama puing-puing hanyut di tengah samudera yang gelap gelita."
Dipetik dari buku INILAH JALAN KAMI!
Tuan Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan 1
|